18 Mac 2011

Perlukah Perlindungan Terhadap Spyware?

spyware_terminator01
Jika anda menggunakan perisian Antivirus percuma serperti Avira dan AVGFree, adakah PC anda telah selamat dari ancaman malware? Jawapannya tidak! Ini kerana, Antivirus versi percuma seperti ini hanya melindungi komputer anda dari virus sahaja, tetapi tidak dari ancaman spyware.
Pada mulanya saya sendiri pun malas nak install Anti-spyware ni, dan setakat ini PC saya masih selamat dari virus. Sampailah semalam apabila saya perasan Internet Explorer telah terbuka dengan sendirinya, dan secara automatik pergi ke satu laman web yang menawarkan perlindungan antivirus. Awas! Laman web seperti ini biasanya menipu, dan akan meminta anda download software mereka yang sebenarnya mengandungi virus.

Antara software anti-spyware yang bagus (dan percuma ^^) adalah seperti Spyware Terminator dan ThreatFire. Anda boleh gunakan mana-mana satu dari software ini bersama Antivirus anda. Saya baru sahaja scan PC saya dengan Spyware Terminator, dan ternyata saya memang telah dijangkiti dengan dua jenis spyware >_<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan